• Title of article

    Hubungan budaya organisasi dengan perkongsian pengetahuan

  • Author/Authors

    Zookefli, Zuliana Universiti Teknologi Malaysia - Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Malaysia , Nor, Khalil Md Universiti Teknologi Malaysia - Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Malaysia

  • From page
    68
  • To page
    79
  • Abstract
    Globalisasi telah meningkatkan tahap persaingan perniagaan. Daya saing sesebuah organisasi bukan lagi bergantung kepada kadar buruh yang murah dan polisi perlindungan daripada pihak kerajaan. Ramai berpendapat teknologi merupakan kompetensi utama yang perlu dimiliki oleh sesebuah organisasi untuk terus bersaing dan keupayaan teknologi dalam mengangkat daya saing sesebuah organisasi dipengaruhi oleh pengurusan pengetahuan. Antara komponen penting dalam pengurusan pengetahuan adalah perkongsian pengetahuan. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti hubungan antara budaya organisasi dan tahap perkongsian pengetahuan. Elemen budaya organisasi yang dikaji meliputi kepercayaan, komunikasi antara pekerja, orientasi pasukan dan struktur organisasi. Seratus borang soal selidik telah diedarkan kepada pelajar sarjana di empat buah fakulti di Universiti Teknologi Malaysia. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan kaedah regresi berganda. Hasil analisis menunjukkan bahawa komunikasi antara pekerja dan kepercayaan memberi kesan positif yang signifikan kepada perkongsian pengetahuan. Cadangan akademik dan praktikal diutarakan.
  • Keywords
    pengurusan pengetahuan , perkongsian pengetahuan , budaya organisasi
  • Journal title
    Jurnal Kemanusiaan
  • Journal title
    Jurnal Kemanusiaan
  • Record number

    2663949