Author/Authors :
Asri, Norain Mod Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia , Tahir, Md. Zyadi Md. Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia , Endut, Wook Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Abstract :
Perbelanjaan kerajaan merupakan salah satu pemboleh ubah yang penting dalam identiti belanjawan fiskal dan perakaunan pendapatan negara. Justeru, kajian ini menaksir arah hubungan jangka pendek dan jangka panjang antara komposisi perbelanjaan kerajaan pusat (yang merupakan saiz kerajaan) dengan pertumbuhan ekonomi. Ini bererti analisis turutmengambil kira kewujudan perubahan komponen perbelanjaan tidak simetri mengikut kitaran perniagaan. Menerusi aplikasi model Vector Autoregressif (VAR), dapatan keseluruhan membuktikan teori Keynes wujud dalam jangka panjang di Malaysia, yang bererti pendapatan negara dominan dipengaruhi oleh jumlah perbelanjaan kerajaan. Namun, didapati banyak komponen perbelanjaan awam dipengaruhi oleh pendapatan negara, lantas ini mencerminkan wujud hukum Wagner dalam jangka pendek.