Title of article :
Kepuasan kerja adalah peramal kepada keinginan berhenti kerja secara sukarela: Satu kajian di sebuah penguasa tempatan
Author/Authors :
Ismail, Azman Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia , John, Cindy Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia , Boerhannoeddin, Ali Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia , Rasip, Osman Md Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia , Wan Ismail, Wan Khairuzzaman Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
From page :
11
To page :
26
Abstract :
Literatur gelagat organisasi melaporkan bahawa kajian dahulu banyak menghuraikan dimensi dalaman kepuasan kerja, iaitu kepuasan kerja intrinsik dan kepuasan kerja ekstrinsik. Agak mengejutkan apabila kajian yang dilaksanakan baru-baru ini mendedahkan bahawa tahap kepuasan kerja yang tinggi berupaya mengurangkan keinginan pekerja untuk berhenti kerja. Sifat perhubungan ini adalah penting, tetapi peranan kepuasan kerja sebagai peramal keinginan untuk berhenti kerja adalah kurang diberi penekanan dalam model kepuasan kerja. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengukur kesan kepuasan kerja ke atas keinginan pekerja untuk berhenti kerja menggunakan 150 borang soalselidik yang telah dikumpul daripada pekerja yang berkhidmat di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Keputusan analisa regresi “stepwise” menunjukan dua dapatan penting: pertama, kepuasan kerja intrinsik tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan keinginan pekerja untuk berhenti. Kedua, kepuasan kerja ekstrinsik mempunyai hubungan yang signifikan dengan keinginan pekerja untuk berhenti. Dapatan kajian ini mengesahkan bahawa tahap kepuasan kerja intrinsik yang tinggi tidak berupaya untuk mengurangkan keinginan pekerja untuk berhenti kerja. Sebaliknya, tahap kepuasan kerja ekstrinsik yang tinggi berupaya mengurangkan keinginan pekerja untuk berhenti kerja. Seterusnya, perbincangan dan implikasi kajian turut dihuraikan dalam kertas kerja ini.
Keywords :
Kepuasan kerja intrinsik , kepuasan kerja ekstrinsik , keinginan pekerja untuk berhenti kerja
Journal title :
Jurnal Kemanusiaan
Journal title :
Jurnal Kemanusiaan
Record number :
2663997
Link To Document :
بازگشت