• Title of article

    PROSES KOGNITIF, PEMBUATAN KEPUTUSAN DAN PEMILIHAN KERJAYA. KAJIAN EMPERIKAL MENGGUNAKAN PERSPEKTIF PETA KOGNITIF

  • Author/Authors

    Ahmad, Rusli Universiti Malaysia Sarawak - Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Malaysia , Mansor, Nur Naha Universiti Teknologi Malaysia - Fakulti Kemanusiaan dan Pembangunan Sumber Manusia, Malaysia

  • From page
    69
  • To page
    83
  • Abstract
    Kajian ini bertujuan untuk mengetahui proses kognitif yang terlibat di dalam pembuatan keputusan berkaitan pemilihan kerjaya di kalangan graduan. Kajian dijalankan terhadap 74 graduan luar bandar yang mengikuti program latihan sebagai persiapan untuk mereka menghadapi cabaran dunia pekerjaan yang kian mencabar. Pendekatan penyelidikan berbentuk penerangan dan penghuraian (explanatory) adalah digunakan sementara teknik pungutan data yang digunakan adalah soal selidik tertutup dan terbuka. Data dianalisa menggunakan analisis kandungan (content analysis) untuk mengenalpasti kata kunci, tema-tema atau pola-pola pendapat graduan berkaitan pembuatan keputusan yang dijalankan. Sebanyak 52 soalselidik yang lengkap telah dianalisa. Dapatan kajian menunjukkan majoriti pelajar pengajian tinggi di Sabah yang dikaji membuat keputusan untuk bekerja sendiri (76.9%) dari memilih untuk bekerja dengan sektor kerajaan (7.6%), kerja dengan swasta (9.6%), kerja makan gaji (0.0%) atau sebagai pelabur (05.7%). Pelbagai sebab telah diberikan dan empat peta kognitif secara kumpulan telah dikenalpasti. Kajian ini menjelaskan sebab-sebab khusus berkaitan pemilihan keputusan terhadap sesuatu kerjaya. Adalah diharap kajian yang lebih mendalam dapat dijalankan terhadap kumpulan graduan yang lain. Kajian berbentuk kuantitatif yang melibatkan lebih ramai responden adalah juga dicadangkan dan diharap generalisi yang kukuh berkaitan isu yang dikaji akan dapat dibuat.
  • Keywords
    graduan , pembuatan keputusan , pemilihan kerjaya , peta kognitif
  • Journal title
    Jurnal Kemanusiaan
  • Journal title
    Jurnal Kemanusiaan
  • Record number

    2664009