Title of article :
ISU KEGANASAN RUMAHTANGGA: KEBERKESANAN PERKHIDMATAN KAUNSELING BERDASARKAN PERSPEKTIF KLIEN WANITA MANGSA PENDERAAN
Author/Authors :
Abdul Ghani, Mariny Universiti Utara Malaysia - Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Kerja Sosial dan Polisi (SAPSP) - Kolej Sastera dan Sains, Malaysia , Husin, Sabasiah Universiti Utara Malaysia, Malaysia , Mohamad, Azizul Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Abstract :
Keganasan rumahtangga didefinisikan sebagai penyalahgunaan kuasa dalam perhubungan intim di antara seorang individu (biasanya lelaki), cuba untuk mengawal dan mendominasi pasangannya (biasanya wanita). Penyalahgunaan kuasa ini tidak hanya berlaku secara fizikal tetapi juga dalam bentuk seksual, ekonomi dan psikologikal yang menyebabkan wanita merasa tidak berdaya serta sentiasa hidup dalam ketakutan. Artikel ini membincangkan pandangan wanita mangsa dera berkaitan perkhidmatan kaunseling dalam menangani isu yang dihadapi. Berdasarkan pendekatan temubual secara kualitatif yang digunapakai dalam penyelidikan ini, penerokaan secara mendalam mengenai pengalaman yang dilalui oleh para wanita tersebut diperoleh. Analisis tema yang dijalankan ke atas 25 transkripsi temubual mendapati bahawa isu prosedur serta peranan perkhidmatan kaunseling dan kaunselor adalah antara tema-tema yang muncul dalam penyelidikan ini. Di akhir perbincangan, beberapa saranan dikemukakan terutamanya kepada sumber jaringan sokongan formal untuk menambahbaik perkhidmatan kaunseling sedia ada yang ditawarkan.
Keywords :
Keganasan rumahtangga , Penderaan wanita , Kaunseling , Klien , Analisis tema
Journal title :
Jurnal Kemanusiaan
Journal title :
Jurnal Kemanusiaan