Author/Authors :
Ab. Rahman, Norhayati university of malaya - Akademi Pengajian Melayu - Jabatan Kesusasteraan Melayu, Malaysia
Abstract :
Konsep gender mula digunakan untuk menjelaskan tentang satu konstruk sosial (the social construction) berkenaan ‘masculinity’ dan ‘femininity’ di antara lelaki dan perempuan. Gender merujuk kepada perbezaan sosial (social differences) dan perhubungan antara lelaki dan perempuan yang dapat diamati dan dipelajari, dan ia berbeza di antara masyarakat dan budaya, serta adakalanya mengalami perubahan mengikut masa. Gender sering digunakan untuk membuat analisis terhadap peranan (roles), tanggungjawab (responsibilities), kekangan (constraints), serta keperluan (needs) bagi lelaki dan perempuan dalam semua perkara dan dalam sesuatu konteks sosial. Kajian berhubung gender dalam sastera di tanah air telah banyak dilakukan pada pelbagai peringkat kajian.