Title of article :
Kesan Perubahan Masa Penyaduran Tanpa Elektrik Aloi Nikel-Fosforus Terhadap Struktur Mikro Substrat dan Analisis Kekuatan Sadurannya
Author/Authors :
IBRAHIM, M. N. MOHAMAD Universiti Sains Malaysia - Pusat Pengajian Sains Kimia, Malaysia , IZAT, M. E. Universiti Sains Malaysia - Pusat Pengajian Sains Kimia, Malaysia , GOH, A. L. Universiti Sains Malaysia - Pusat Pengajian Sains Kimia, Malaysia , KATRINA, A. TUTI Universiti Sains Malaysia - Pusat Pengajian Sains Kimia, Malaysia , NORHIDAYA, Z. Universiti Sains Malaysia - Pusat Pengajian Sains Kimia, Malaysia
Abstract :
Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji kesan perubahan masa penyaduran tanpa elektrik aloi nikel-fosforus terhadap plastik akrilonitril-butadiena-stirena (ABS) yang bergred tidak boleh disadur dengan menggunakan teknik salutan lapisan bawah laker. Permukaan plastik ABS yang tidak dapat disadur diubah secara fizikal dengan menyalut satu lapisan nipis polimer untuk membentuk permukaan yang dapat disaduri logam. Kaedah ini menggunakan poliuretana sebagai lapisan bawah laker ke atas substrat sebelum dilakukan proses pra-rawatan seperti punaran sederhana, peneutralan, pengaktifan, pemecutan dan penyaduran ke atas substrat tersebut. Salutan poliuretana perlu dirawat pada suhu bilik selama 8 jam dan di dalam ketuhar pada 70°C selama 4 hari sebelum dijalankan langkah-langkah pra-rawatan. Substrat yang beijaya disadur kemudiannya dikaji permukaan mikronya, ketebalan logam nikel yang terenap pada masa penyaduran yang berbeza, struktur kekisi hablurnya dan juga kekuatan lekatan saduran nikel. Keputusan menunjukkan bahawa lebih lama masa penyaduran, lebih banyak logam nikel dan fosforus ( 90%) yang terenap dan lebih sempurna proses penyaduran permukaan substrat. Ketebalan logam yang direkodkan adalah antara 0.6289 jum dan 4.4010 jum. Struktur kekisi bagi aloi nikel-fosforus yang terbentuk didapati berbentuk hablur bagi semua masa penyaduran yang dikaji. Manakala bagi analisis kekuatan lekatan saduran nikel, didapati bahawa kekuatan lekatan saduran nikel bergantung kepada masa rendaman substrat di dalam larutan punaran. Kekuatan lekatan yang paling tinggi (0.3273 psi) terhasil bagi substrat yang direndam di dalam larutan punaran selama 5 minit.
Keywords :
Penyaduran nikel tanpa elektrik , ABS gred tidak boleh disadur , teknik salutan lapisan bawah laker , masa penyaduran , permukaan mikro , kekuatan lekatan saduran
Journal title :
Jurnal Teknologi :C
Journal title :
Jurnal Teknologi :C