Title of article :
Mengukur Paras Kesahsahihan Spesifikasi Z dalam Penilaian Spesifikasi Keperluan Pelajar Melalui Pendekatan Pelaksanaan Bersimbol
Author/Authors :
SHUKUR, ZARINA Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat - Jabatan Sains Komputer, Malaysia , MOHD YUSOF, AHMAD RIZAL Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat - Jabatan Sains Komputer, Malaysia
Abstract :
Kertas ini mengesyorkan kaedah pengukuran paras kesahsahihan spesifikasi formal perisian. Pengesahsahihan dilakukan untuk memastikan spesifikasi menyatakan kelakuan program dengan tepat dan memenuhi keperluan pengguna. Paras kesahsahihan ini ingin diukur khususnya untuk kegunaan guru dalam menilai spesifikasi keperluan yang disediakan oleh pelajar. Pengesahsahihan dilakukan dengan menggunakan teknik pengujian, iaitu spesifikasi yang dihasilkan (oleh pelajar) dilaksanakan secara bersimbol terhadap sejumlah kes ujian yang disediakan secara bermakna dengan bantuan pelanggan (diwakili oleh guru). Seterusnya output ujian dalam bentuk predikat matematik antara pelanggan (guru) dan penspesifikasi (pelajar) dibandingkan. Hasil daripada perbandingan ini adalah suatu nilai numerik yang mencerminkan paras kesahsahihan spesifikasi berkaitan
Keywords :
Spesifikasi formal , pengesahsahihan spesifikasi , perlaksanaan bersimbol , paras kesahsahihan , ukuran kesahsahihan spesifikasi
Journal title :
Jurnal Teknologi :D
Journal title :
Jurnal Teknologi :D