Title of article :
Analisis Keberkesanan Sistem Penyelarasan Kos Projek Pembangunan Perisian Menggunakan Model Reka Bentuk Awalan COCOMO II
Author/Authors :
IBRAHIM, NURKHADIJAH AISHAH Universiti Teknologi Malaysia(UTM) - Faculty of Computer Science and Information Systems (FSKSM), Malaysia , SELAMAT, ALI Universiti Teknologi Malaysia(UTM) - Faculty of Computer Science and Information Systems (FSKSM), Malaysia
From page :
91
To page :
103
Abstract :
Pada masa kini terdapat pelbagai perisian yang digunakan untuk membuat pengiraan anggaran kos projek pembangunan perisian. Kebiasaannya organisasi yang terlibat dengan projek pembangunan perisian akan menggunakan perisian tersebut untuk memudahkan mereka menganggarkan kos sesebuah projek pembangunan perisian yang dilaksanakan. Namun begitu, dengan wujudnya pelbagai model anggaran menyebabkan pengurus projek sukar menentukan model yang sesuai digunakan oleh organisasi untuk membuat pengiraan anggaran kos projek pembangunan perisian. Oleh itu, satu perisian dikenali sebagai Sistem Penyelarasan Kos Projek Pembangunan Perisian (SPKPPP) telah dibangunkan menggunakan model reka bentuk awalan yang terdapat dalam Constructive Cost Model (COCOMO) II. SPKPPP dibangunkan secara prototaip kerana model prototaip mempunyai beberapa kelebihan selain perisian dapat dibangunkan dengan cepat. Setiap model, teknik dan kaedah yang digunakan dalam SPKPPP ini telah diuji dan dapat memenuhi keperluan pengiraan anggaran kos projek pembangunan perisian dan memudahkan pengurus projek membuat pengiraan anggaran kos awalan projek pembangunan perisian yang akan dilaksanakan
Keywords :
Constructive Cost Model (COCOMO) II , SPKPPP , anggaran , model reka bentuk awalan , prototaip
Journal title :
Jurnal Teknologi :D
Journal title :
Jurnal Teknologi :D
Record number :
2666330
Link To Document :
بازگشت