• Title of article

    Tanin daripada Serbuk Tandan Sawit Kosong dan Aplikasinya dalam Industri Petroleum

  • Author/Authors

    IBRAHIM, M. N. MOHAMAD Universiti Sains Malaysia - Pusat Pengajian Sains Kimia, Malaysia , MARLIANA, M. A. Universiti Sains Malaysia - Pusat Pengajian Sains Kimia, Malaysia

  • From page
    107
  • To page
    120
  • Abstract
    Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan tanin yang diekstrak daripada serbuk tandan sawit kosong (TSK) sebagai agen perencat karat dan juga sebagai penipis lumpur gerudi. Daripada kajian yang dijalankan, didapati peratusan hasil pengekstrakan tanin secara rendaman menggunakan pelarut aseton 70% (vjv) ialah 4.49%. Kehadiran tanin disahkan melalui analisis spektroskopi infra-merah (IR) yang dijalankan terhadap hasil yang diekstrak keluar. Keberkesanan tanin sebagai agen perencat karat dikaji melalui pemerhalian tindak balas melalui spektroskopi inframerah, analisis mikroskop elektron imbasan (SEM) dan spektroskopi sinar-X serakan tenaga (EDX) .Keputusan ujian yang dijalankan mendapali bahawa tanin yang dihasilkan boleh berfungsi sebagai agen perencat karat. Ketulenan tanin dianalisis menggunakan spektroskopi ultra ungu nampak (W-vis). Walaupun tidak tulen, tanin yang diperoleh mampu berfungsi sebagai penipis lumpur gerodi. Selain daripada agen perencat karat dan penipis lumpur, taninjuga berpotensi sebagaj pengawal kehilangan bendalir dan prestasinya didapali lebih baik daripada prestasi bahan tambah komersial
  • Keywords
    Tanin , tandan sawit kosong , agen perencat karat , penipis lumpur , pengawal kehilangan bendalir
  • Journal title
    Jurnal Teknologi :F
  • Journal title
    Jurnal Teknologi :F
  • Record number

    2666365