Title of article :
Evaluation of the Extent of Achievement of the Objectives of NEPAD Schools’ ICT Project in Kenya
Author/Authors :
Mildred, A. Ayere Maseno University, Kenya , Florence, Y. Odera Maseno University, Kenya
Abstract :
Gandingan Baru Pembangunan Afrika (New Partnership for Africa Development-NEPAD) adalah satu projek gabungan antara United Nation dan Bank Dunia bertujuan untuk membangunkan satu rangka kerja sosioekonomi yang bersatu bagi pembaharuan Afrika. Operasi utama NEPAD ini merangkumi ekonomi, pendidikan dan sosial. Tujuan NEPAD adalah untuk membolehkan bangsa Afrika sendiri menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan kemiskinan, buta huruf dan penyakit di negara itu. Dari segi infrastruktur Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah dikenal pasti sebagai bidang tindakan utama mendorong pembangunan pendidikan lestari. Untuk memenuhi objektif ICT negara, Suruhanjaya e-Africa NEPAD telah ditugaskan untuk membangun dan mengimplementasikan program ICT NEPAD. Artikel ini melaporkan keputusan dari satu kajian yang telah mengkaji perlaksanaan aplikasi ICT di sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh NEPAD dan sekolah-sekolah yang tidak dikendalikan oleh NEPAD di Kenya. Tujuan kajian adalah untuk mengetahui hasil penggunaan ICT di kedua-dua jenis sekolah tersebut. Kajian ini menggunakan kombinasi kaedah tinjauan deskriptif dan faktor ex-post untuk membandingkan bidang-bidang aplikasi ICT. Populasi kajian ini terdiri daripada 1600 murid tingkatan empat, 12 guru besar, 12 ketua jabatan, 12 guru komputer, 7 pegawai pendidikan dan 2 pegawai NEPAD. Unit sampel adalah sekolah dan sampel sebenar merangkumi 570 murid tingkatan empat, 12 guru besar, 12 ketua jabatan dari Jabatan Komputer, 12 guru dan 2 pegawai KIE dari Kementerian Pendidikan dan wakil NEPAD. Instrumen pengumpulan data terdiri daripada soal selidik, temu bual, dan senarai semak. Data analisis dilakukan menggunakan kaedah statistik deskriptif dan inferens. Dapatan kajian menunjukkan terdapat kepentingan bagi aplikasi ICT. Kajian ini mencadangkan penyelidikan selanjutnya mengambil kira implementasi bidang ICT yang lain di sekolah-sekolah NEPAD.
Keywords :
Secondary schools , information and communication technology , development , application , NEPAD
Journal title :
Malaysian Journal of Distance Education
Journal title :
Malaysian Journal of Distance Education