Author/Authors :
Alias, Mohanunad Universiti Utara Malaysia - Fakulti Ekonomi, Malaysia , Dewi Subramaniam, Shri Universiti Utara Malaysia - Fakulti Ekonomi, Malaysia , Md. Ali, Anizah Universiti Utara Malaysia - Fakulti Ekonomi, Malaysia
Abstract :
Artikel ini meneliti secara empirik kesan variasi dalam kadar pertukaran matawang terhadap pembolehubah endogen utama industri minyak sawit Malaysia, khususnya harga minyak sawit, dan penggunaan dalam negeri. Satu model ekonometrik struktur yang mewakili industri minyak sawit dibentuk. Model struktur yang dibentuk adalah dalam satu famili model komoditi utama seperti dalam Mohammad et al. (2001a,b), Mad Nasir et al. (1997) dan Mohammed (1988). Data tahunan bagi tempoh 19701999 digunakan dalam penganggaran. Kaedah penganggaran Kuasa Dua Terkecil Dua Peringkat (2SLS) tak linear digunakan. Dapatan kajian mendapati pena waran dipengaruhi oleh pembolehubah PEMBt-4 T dan CPOQt_l. Respon penawaran jan gka pendek dan jan gka panjan g adalah tidak anjal. Penggunaan domestik dipengaruhi secara signifikan oleh pembolehubah T, cror, dan GDP95/. Manakala permintaan eskport dipengaruhi oleh rowr, dan OECDYt pada aras keertian satu peratus. Keanjalan permintaan eksport jan gka panjan g terhadap harga dunia adalah tidak anjal iaitu -0.1339. Harga dunia minyak sawit (r owr) dip engaruhi oleh PSB/ pada ara s keertian satu peratus dan OECDY/ pada aras keertian 10 peratus. Analisis counterfactual dilakukan untukmelihat kesan depresiasi matawang kepada beberapa pembolehubah endogen yang lain dalam pasaran minyak kelapa sawit Malaysia. Dengan mengambil contoh, depresiasi se banyak 10 peratus dalam kadar pertukaran matawang. Kesannya harga minyak sawit telah meningkat sebanyak 10.02 peratus. la memberi kesan negatif ke atas penggunaan dalam negeri. Namun begitu kesan negatif tersebut hanyalah kecil iaitu sebanyak 1.22 peratus kerana permintaan dalam negeri tidak anjal terhadap harga sendiri. Peningkatan harga domestik ini tidak membawa sebarang perubahan kepada penawaran, eksport serta harga dunia. Ini disebabkan tidak wujud timbal balas