Title of article :
Kemiskinan Di Kalan gan Masyarakat Orang Asli
Author/Authors :
Mohd Harun, Mohd Fauzi , Idris, NorAini , Berma, Madeline , Shahadan, Faridah
From page :
95
To page :
101
Abstract :
Kemiskinan di kalangan masyarakat Orang Asli masih berada pada tahap yang serius. Kadar kemiskinan mereka pada 1999 seperti yang dilaporkan dalam Rancangan Malaysia KeLapan ialah sebanyak 50.9%. lni bermakna setiap seorang dari dua Orang Asli adalah miskin. Kadar kemiskinan ini adalahjauh lebih tinggi daripada kadar kemiskinan keseluruhan di Malaysia pada tahun yang sama iaitu 8.1 %. Penulisan ini bertujuan untukmengenalpastifaktor-faktor yang menyumbang kepada kemiskinan di kalangan masyarakat Orang Asli dan seterusnya membuat analisis terhadap faktor-faktor ters ebut. Untuk tujuan itu, satu kajian telah dijalankan di sembilan kawasan penempatan Orang Asli di negeri Perak. Kawasan tersebut merangkumi kawasan pedalaman, pinggir dan bandar. Keputusan kajian mendapati kadar kemiskinan keseluruhan bagi kawasan kajian ialah sebanyak 54.0%. Enamfaktor yang menyebabkan kemiskinan telah. dikaji iaitu klasifikasi kawasan, umur ketua isi rumah, saiz isi rumah, tahap pendidikan ketua isi rumah, jenis pekerjaan dan faktor gender. Keputusan kajian mendapati keenam-enam faktor yang dikaji adalah faktor-faktor signijikan yang menyumbang kepada tahap kemiskinan yang tinggi di kalangan masyarakat Orang Asli
Journal title :
Jurnal Ekonomi Malaysia
Journal title :
Jurnal Ekonomi Malaysia
Record number :
2677694
Link To Document :
بازگشت