Title of article :
Isu Agihan Pendapatan di Malaysia: Penilaian Melalui Pendekatan Islam Hadhari
Author/Authors :
bin Endot, Ideris Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pengajian Islam - Jabatan Pengajian Dakwah Kepimpinan, Malaysia , Yunus, Ahmad Redzuwan Mohd Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pengajian Islam - Jabatan Pengajian Dakwah Kepimpinan, Malaysia
Abstract :
Isu ketidaksamaan agihan kekayaan negara menjadi persoalan sejagat dalam kalangan sarjana ekonomi di barat dan timur. Evolusi idea pemikiran pembangunan ekonomi moden Adam Smith dan Karl Marx telah menjadi latar belakang dasar pertumbuhan dan agihan sumber kekayaan ekonomi dunia ditadbir oleh samada aliran kapitalis atau sosialis-marxis dan dasar ekonomi campuran liberal kapitalisme. Dari pihak yang lain dunia telah dikenali dengan falsafah ekonomi China dan India di Timur dan Ekonomi Islam di negara-negara Muslim. Tegasnya, apa sahaja sistem ekonomi yang digunapakai di Malaysia sebagai negara sedang membangun, fungsi kepimpinan negaralah yang menentukan dasar ekonomi dilaksanakan dengan pengurusan dan tadbir urus berkesan, cekap, adil, saksama, demokratik, terbuka, liberal, bebas dan sebagainya adalah antara slogan-slogan penting dalam agenda pembangunan negara Malaysia diperdebatkan hingga kini. Apakah model ekonomi unggul, terbaik dan alternatif ideal untuk menyelesaikan persoalan kemunduran rakyat yang dikaitkan dengan kemiskinan di Malaysia. Isu keadilan dan ketidaksamaan sosio-ekonomi tetap menjadi agenda negara dan umat manusia sejagat di Malaysia.
Keywords :
agihan pendapatan , kemiskinan , jurang pendapatan , agama Islam
Journal title :
Jurnal Ekonomi Malaysia
Journal title :
Jurnal Ekonomi Malaysia