Title of article
Hubungan Kecederaan Trafik dengan Pembangunan Ekonomi Malaysia
Author/Authors
Ahmat, Nizam B. Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia , Nor, Nor Ghani Md Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia , Nor, Abu Hassan Shaari Md Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
From page
81
To page
87
Abstract
World Health Organization (WHO) telah meramalkan menjelang tahun 2020 kecederaan trafik (KT) akibat daripada kemalangan jalan raya merupakan antara ancaman kesihatan (termasuk kematian, kecederaan parah dan ringan) utama kepada penduduk dunia terutama penduduk di negara-negara membangun. Seterusnya KT juga menyebabkan negara yang terlibat kerugian harta benda bernilai berbilion Ringgit setiap tahun. Sebagai salah sebuah negara yang pesat membangun, Malaysia tidak terkecuali daripada menghadapi permasalahan di atas. Sebagai contoh pada tahun 2006, dari segi hirakinya KT merupakan penyebab kematian keenam tertinggi di Malaysia dan ketiga untuk bilangan pesakit yang dimasukkan ke hospital. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menguji hubungan antara kecederaan trafik dengan pertumbuhan ekonomi berdasarkan rangka kerja keluk Environmental Kuznets Curves dengan menggunakan data-data siri masa Malaysia dari tahun 1979 hingga 2007. Hipotesis kepada teori ini menyatakan bahawa wujudnya hubungan keluk berbentuk U terbalik (inverted-U) antara kadar kematian akibat daripada kemalangan jalan raya dengan tahap pembangunan ekonomi. Dapatan kajian telah dapat membuktikan wujudnya hubungan seperti di atas seterusnya menyokong dapatan kajian oleh beberapa pengkaji terdahulu di negara maju. Untuk menilai keberkesanan dasar, kesan peningkatan pendapatan individu kepada permintaan untuk tahap keselamatan yang lebih tinggi. Pembentukan pelbagai dasar dan institusi serta perlaksanaan undang- undang jalanraya yang tegas, bukanlah semata-mata sebab kepada penurunan kadar kematian dan kecederaan.
Keywords
Pembangunan ekonomi , kecederaan trafik
Journal title
Jurnal Ekonomi Malaysia
Journal title
Jurnal Ekonomi Malaysia
Record number
2678043
Link To Document