Title of article :
Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah Kaedah Kerja Kursus Sejarah
Author/Authors :
SALLEH, MOHAMAD JOHDI International Islamic University Malaysia - Institute of Education, Malaysia , AHMAD, ABDUL RAZAQ , AYUDIN, AHMAD RAFAAI
Abstract :
Kertas kerja ini bertujuan untuk mengutarakan hasil kajian terhadap Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah, iaitu Kerja Kursus Sejarah (KKS). Pembelajaran berasaskan kerja kursus wajib diambil oleh semua calon Penilaian Menengah Rendah untuk tujuan pensijilan. Fokus perbincangan adalah tentang elemen ‘perolehan dan pencapaian’ pelajar yang dinilai oleh guru pentaksir terutama berkaitan proses kerja. Hasil kajian mendapati, terdapat kekuatan dan kelebihan yang dimanfaatkan oleh pelajar. Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar masih menghadapi pelbagai masalah seperti kematangan pengetahuan, kelonggaran fakta, kecelaruan sumber, dan kelonggaran penjanaan kemahiran dalam menjalankan projek KKS. Dengan itu, objektif teras KKS untuk menghasilkan ‘little historian’ berorientasikan pembelajaran-penyelidikan seperti termaktub dalam falsafah pendidikan Sejarah masih memerlukan usaha gigih daripada banyak pihak. Oleh kerana kekangan masa, kertas ini tidak membincangkan secara teknikal penilaian dan pemarkahan hasil projek KKS pelajar seperti yang digariskan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Hal ini memerlukan kajian yang amat berhati-hati bagi mendapatkan hasil yang jitu, saranan praktikal dan pengutaraan idea yang adil kepada semua pihak.
Keywords :
Efikasi guru , kelayakan guru , latihan guru , pengalaman mengajar , guru sekolah menengah
Journal title :
Jurnal Pendidikan Malaysia
Journal title :
Jurnal Pendidikan Malaysia