Title of article :
Reka Bentuk dan Pembangunan Perisian Kursus Multimedia Pendidikan Seksualiti Malaysia (MSE)
Author/Authors :
JAAFAR, AZIZAH Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat - Jabatan Sains Maklumat, Malaysia , CHAN, SIEW LEE
From page :
125
To page :
142
Abstract :
Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Garis Panduan Pendidikan Seksualiti Kebangsaan (GPPKS) pada tahun 2006 untuk menangani masalah sosial dalam kalangan remaja. Satu kajian awal yang berkaitan dengan persepsi guru dan pelajar terhadap kurikulum pendidikan seksualiti sekolah menengah sekarang telah dijalankan. Kajian tersebut menunjukkan terdapat jurang yang besar antara persepsi guru dan pelajar terhadap beberapa isu, antaranya ialah sumber perolehan, dan kecukupan pengisian pendidikan seksualiti sekarang. Kerangka teoretis MSE direka bentuk dan dibangunkan berdasarkan beberapa teori pembelajaran dan teori interaksi antara komputer dan manusia untuk mengendalikan topik seksualiti yang sangat sensitif untuk komuniti Malaysia terutamanya golongan remaja. Kerangka teoretis dilaksanakan melalui metodologi penyelidikan yang komprehensif yang mana model ADDIE digabungkan dengan reka bentuk berasaskan penggunaan untuk mencapai objektif kajian iaitu perisian kursus yang berkepenggunaan tinggi. Kesimpulannya, perisian kursus MSE merupakan suatu alat atau produk yang dihasilkan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pendidikan seksualiti di Malaysia.
Keywords :
Pendidikan seksualiti , reka bentuk berarahan , teori pembelajaran , reka bentuk berasaskan penggunaan , penilaian kepenggunaan
Journal title :
Jurnal Pendidikan Malaysia
Journal title :
Jurnal Pendidikan Malaysia
Record number :
2678847
Link To Document :
بازگشت