Title of article :
Pengaruh Jenis Latihan Guru dan Pengalaman Mengajar Terhadap Efikasi Guru Sekolah Menengah
Author/Authors :
JOHARI, KHALID Universiti Malaysia Sabah - Sekolah Pendidikan Pembangunan Sosial, Malaysia , ISMAIL, ZURIDA Universiti Sains Malaysia, Malaysia , OSMAN, SHUKI Universiti Sains Malaysia, Malaysia , OTHMAN, AHMAD TAJUDDIN Universiti Sains Malaysia, Malaysia
Abstract :
Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh yang disumbangkan oleh faktor-faktor kelayakan guru, iaitu jenis latihan guru dan pengalaman mengajar terhadap efikasi guru-guru sekolah menengah di Sabah. Data dikutip dengan menggunakan instrumen Teachers’ Sense of Efficacy Scale yang melibatkan 928 orang guru di 22 buah sekolah menengah di empat daerah. Analisis ANOVA mendapati terdapat perbezaan min yang signifikan dalam ketiga-tiga dimensi efikasi guru dalam kalangan guru mengikut jenis latihan guru dan pengalaman mengajar. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru keluaran program Diploma Pendidikan Malaysia berada pada aras tertinggi dalam efikasi berbanding guru-guru keluaran program lain. Guru-guru yang berpengalaman mengajar melebihi tujuh tahun berbeza secara statistik dalam aspek efikasi berbanding guru-guru dengan pengalaman mengajar kurang daripada tujuh tahun. Hasil kajian ini mencadangkan guru-guru siswazah terlatih perlu diberi peluang mengajar dalam persekitaran yang positif bagi membolehkan mereka membina efikasi guru yang positif.
Keywords :
Efikasi guru , kelayakan guru , latihan guru , pengalaman mengajar , guru sekolah menengah
Journal title :
Jurnal Pendidikan Malaysia
Journal title :
Jurnal Pendidikan Malaysia