Title of article :
Kajian Kes Usahawan Tani Industri Kecil Sederhana (IKS) Bumiputera di Negeri Terengganu
Author/Authors :
ABDULLAH, NURULHUDA CHE , MUSTAPHA, RAMLEE Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pendidikan, Malaysia
From page :
143
To page :
165
Abstract :
Sektor pertanian di negara ini sedang mengalami transformasi ke arah yang lebih dinamik dan kompetitif. Sektor ini amat penting, bukan sahaja kerana ia dapat membantu menjana pertumbuhan ekonomi negara malahan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat negara ini. Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) berasaskan pertanian telah diberi penekanan di dalam Dasar Pertanian Negara memandangkan potensinya dalam mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan nilai tambah (value-added) kepada hasil pengeluaran pertanian. Walaupun dasar dan inisiatif kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat pengeluaran makanan di peringkat global pada 2010 namun pencapaian usahawan tani terutama kaum Bumiputera masih di tahap yang rendah. Kajian kes ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Untuk mengumpul data, satu set soal selidik, protokol temu bual dan senarai pemerhatian telah dibina berdasarkan objektif kajian dan tinjauan literatur. Seramai 10 orang usahawan tani (5 lelaki dan 5 wanita) di negeri Terengganu telah dipilih berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Dapatan kajian menunjukkan amalan pengurusan perniagaan daripada persepsi usahawan tani Bumiputera yang dikaji berada pada tahap yang tinggi. Walaupun begitu, hasil temu bual mendapati usahawan tani yang dikaji mengakui bahawa amalan pengurusan pemasaran mereka masih di tahap yang lemah manakala hasil pemerhatian pula menunjukkan amalan pengurusan kewangan responden masih di tahap tidak memuaskan.
Keywords :
Usahawan tani , industri kecil sederhana , pengurusan perniagaan , pengurusan kewangan , pengurusan pemasaran
Journal title :
Jurnal Pendidikan Malaysia
Journal title :
Jurnal Pendidikan Malaysia
Record number :
2678851
Link To Document :
بازگشت