Author/Authors :
WAN ALI, WAN ZAH Universiti Putra Malaysia - Fakulti Pengajian Pendidikan, Malaysia , MD NOR, SHARIFAH Universiti Putra Malaysia - Fakulti Pengajian Pendidikan, Malaysia , SALIM, SITI SURIA Universiti Putra Malaysia - Fakulti Pengajian Pendidikan, Malaysia , MOHAMED, OTHMAN Universiti Putra Malaysia - Fakulti Pengajian Pendidikan, Malaysia , ABU BAKAR, KAMARIAH Universiti Putra Malaysia - Fakulti Pengajian Pendidikan, Malaysia , ABD. SAMAD, ARSHAD Universiti Putra Malaysia - Fakulti Pengajian Pendidikan, Malaysia , HAMZAH, RAMLAH Universiti Putra Malaysia - Fakulti Pengajian Pendidikan, Malaysia , TARMIZI, ROHANI AHMAD Universiti Putra Malaysia - Faculty of Educational Studies, Malaysia , JAMIAN, RASID Universiti Putra Malaysia - Fakulti Pengajian Pendidikan, Malaysia , MARZUKI, HAYAT Universiti Putra Malaysia - Fakulti Pengajian Pendidikan, Malaysia
Abstract :
Pembelajaran ialah satu proses yang berlaku dalam sesuatu konteks sosial. Kewujudan aliran kelas lemah untuk pelajar telah mewujudkan konteks atau iklim pembelajaran yang tidak positif bagi pengajaran dan pembelajaran. Ini menyebabkan pelajar yang berada di kelas lemah semakin berisiko untuk gagal dalam pembelajaran mereka. Justeru, pemahaman iklim pembelajaran di dalam kelas seumpama ini amat penting bagi mengatasi masalah pelajar berisiko. Kertas kerja ini cuba mengemukakan dapatan kajian yang bertujuan untuk mengkaji iklim pembelajaran di bilik darjah menurut pandangan 1,689 orang pelajar tingkatan dua dari 28 sekolah berisiko di negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Kajian ini mengumpul data melalui penggunaan soal selidik dan dianalisis secara deskriptif. Secara umum, dapatan menunjukkan semua pelajar berpendapat iklim pembelajaran di bilik darjah berada pada tahap sederhana. Bagaimanapun, wujud perbezaan yang signifikan bagi persepsi terhadap aspek layanan guru, pengajaran guru dan jangkaan guru dalam kalangan tiga kategori pelajar yang dikaji. Kesimpulannya, pelajar kelas pandai mempunyai persepsi lebih positif terhadap layanan, pengajaran, dan jangkaan guru berbanding pelajar kelas lemah dan paling lemah. Implikasi dan cadangan akan dibincangkan.