Title of article :
Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan Guru Matematik bagi Tajuk Pecahan: Kajian Kes di Sekolah Rendah
Author/Authors :
TENGKU ZAINAL, TENGKU ZAWAWI Institut Pendidikan Guru Malaysia, Malaysia , MUSTAPHA, RAMLEE Institut Pendidikan Guru Malaysia, Malaysia , HABIB, ABDUL RAZAK Institut Pendidikan Guru Malaysia, Malaysia
Abstract :
Kajian ini bertujuan untuk menjawab tiga persoalan utama, iaitu (a) apakah konsepsi guru baru dan guru berpengalaman tentang pecahan?, (b) bagaimanakah cara guru baru dan guru berpengalaman menyampaikan pengajaran tentang konsep dan operasi ke atas pecahan kepada pelajar?, dan (c) pada perspektif guru baru dan guru berpengalaman, apakah masalah dan kesilapan konsep yang biasa dialami murid sekolah rendah bagi tajuk pecahan? Ketiga-tiga persoalan di atas berkait rapat dengan tiga komponen penting iaitu Pengetahuan Pedagogi dan Isi Kandungan (PPIK) yang perlu dimiliki oleh seseorang guru berkaitan dengan konsep pecahan. PPIK adalah sejenis pengetahuan yang unik bagi seseorang guru dan ia merujuk kepada cara guru menyampaikan isi kandungan agar mudah difahami dan dapat menggalakkan kefahaman konseptual pelajar. Kajian kes yang melibatkan lapan orang guru Matematik baru dan berpengalaman ini, memperoleh data melalui sesi temu bual, pemerhatian dan pemeriksaan dokumen. Teknik pemetaan konsep dan grid repertori turut digunakan untuk mencungkil pengetahuan guru. Kajian ini mendapati bahawa kebanyakan guru Matematik yang baru menyampaikan konsep asas dan operasi pecahan berdasarkan kepada kefahaman instrumental. Langkah penyampaian dilakukan secara prosedural dan berpusatkan guru dengan menggunakan simbol dan istilah yang abstrak. Manakala bagi guru Matematik berpengalaman, sebahagian daripada mereka memiliki kefahaman relasional dengan langkah pengajaran berdasarkan pendekatan konseptual. Walaupun begitu, masih terdapat dalam kalangan guru Matematik berpengalaman yang memiliki kefahaman instrumental dan mengemukakan langkah penyampaian secara prosedural dengan menggunakan simbol dan istilah yang abstrak.
Journal title :
Jurnal Pendidikan Malaysia
Journal title :
Jurnal Pendidikan Malaysia