Title of article :
Konsep Kesediaan Keusahawanan Berdasarkan Kajian Kes Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Malaysia
Author/Authors :
HASHIM, NORASHIDAH Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pendidikan, Malaysia , OTHMAN, NORASMAH Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pendidikan, Malaysia , BUANG, NORAISHAH Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pendidikan, Malaysia
Abstract :
Kajian ini meneroka konsep kesediaan keusahawanan berdasarkan kajian kes pengalaman laluan kerjaya enam orang usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) pelbagai industri dalam konteks Malaysia. Data daripada temu bual tentang pengalaman usahawan tersebut mendedahkan konsep kesediaan keusahawanan yang terdiri daripada dua kategori utama iaitu kemahuan dan kebolehan. Elemen kemahuan dibahagikan kepada kesediaan sikap, kekuatan kerohanian dan kesediaan pembelajaran. Manakala kategori kebolehan terdiri daripada kesediaan aspek pemikiran keusahawanan, vokasional keusahawanan dan pengetahuan keusahawanan. Taksonomi kesediaan keusahawanan daripada pelbagai dimensi ini dapat digunakan untuk mengenal pasti elemen kesediaan yang wujud pada seseorang bagi dalam usaha menyediakan mereka untuk menceburi kerjaya keusahawanan.
Keywords :
Kesediaan keusahawanan , pendidikan keusahawanan , industri kecil dan sederhana , kemahuan , kebolehan
Journal title :
Jurnal Pendidikan Malaysia
Journal title :
Jurnal Pendidikan Malaysia