Title of article :
Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalangan Ahli Akademik
Author/Authors :
OMAR, RUBIAH Universiti Sains Malaysia - Pusat Pengajian Komunikasi, Malaysia , HJ. AHMAD, JAMILAH Universiti Sains Malaysia - Pusat Pengajian Komunikasi, Malaysia
Abstract :
Kajian tinjauan ini dijalankan dalam kalangan ahli akademik Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik yang membantu proses pembelajaran dan pengajaran. Data kuantitatif dikumpul melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada 119 responden. Teori Resapan Inovasi oleh Rogers’ dijadikan asas hanya untuk mengenal pasti tahap penerimaan e-pembelajaran dalam pengajaran. Hasil kajian mendapati kesedaran responden terhadap lima konsep e-pembelajaran dalam sistem pengajaran dan pembelajaran adalah tinggi. Ini kerana usaha yang telah dilakukan oleh pihak pentadbiran universiti untuk menggalakkan ahli akademik menggunakan sistem e-pembelajaran dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dari segi penilaian responden terhadap hubungan antara kefahaman e-pembelajaran dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri pula adalah memuaskan. Hasil kajian juga mendapati penerimaan responden terhadap penggunaan e-pembelajaran adalah tinggi kerana majoriti responden memahami keseluruhan konsep dan tanggungjawab yang harus dimainkan dalam melaksanakan e-pembelajaran. Secara keseluruhan, responden menerima secara positif penggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran.
Journal title :
Jurnal Pendidikan Malaysia
Journal title :
Jurnal Pendidikan Malaysia