Title of article :
Hubungan Ramalan Persekitaran Pembelajaran Makmal Sains dengan Tahap Kepuasan Pelajar
Author/Authors :
CHE AHMAD, CHE NIDZAM Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pendidikan - Jabatan Perkaedahan dan Amalan Pendidikan, Malaysia , OSMAN, KAMISAH Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pendidikan - Jabatan Perkaedahan dan Amalan Pendidikan, Malaysia , HALIM, LILIA Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pendidikan - Jabatan Perkaedahan dan Amalan Pendidikan, Malaysia
From page :
19
To page :
30
Abstract :
disesuaikan dengan matlamat dan strategi pengajaran serta memenuhi keperluan guru dan pelajar. Oleh itu, penilaian tentang persekitaran pembelajaran pelajar adalah penting kerana ia bukan sahaja dapat memberikan maklumat untuk mengukur pencapaian pelajar, tetapi juga memberikan maklumat tentang kecekapan guru dalam menyediakan hasil pembelajaran yang positif. Dalam masa yang sama, persepsi pelajar terhadap persekitaran pembelajaran juga dapat memberi maklumat berguna untuk meningkatkan kualiti persekitaran pembelajaran. Kertas kerja ini melaporkan satu tinjauan yang telah dijalankan untuk mengenal pasti apakah pandangan pelajar tentang persekitaran pembelajaran makmal sains di sekolah-sekolah menengah di negeri Selangor dan hubungannya dengan tahap kepuasan pelajar. Persepsi pelajar berhubung persekitaran pembelajaran makmal sains diukur dengan menggunakan adaptasi Science Laboratory Environment Inventory (SLEI), manakala kepuasan pelajar diukur menggunakan domain keseronokan belajar yang diambil daripada Test of Related Science Attitudes (TOSRA). Analisis dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar menunjukkan persepsi yang positif terhadap semua skala dalam SLEI kecuali skala kebebasan menjana idea. Dari segi tahap kepuasan mereka turut menunjukkan persepsi yang baik terhadap pengajaran dan pembelajaran sains di makmal. Analisis susulan mendapati terdapat hubungan ramalan yang signifikan antara aspek-aspek dalam SLEI dengan tahap kepuasan pelajar seperti mana yang diukur dalam kajian.
Keywords :
Persekitaran pembelajaran , makmal sains , kepuasan pelajar , pengajaran sains , pembelajaran sains
Journal title :
Jurnal Pendidikan Malaysia
Journal title :
Jurnal Pendidikan Malaysia
Record number :
2678930
Link To Document :
بازگشت