Title of article :
Jalinan Kesukanan Malaysia-China:Mempelajari Kejayaan China
Author/Authors :
Adnan, Hamedi Mohd , Ismail, Sarimah
Abstract :
Olimpik Beijing 2008, merupakan Sukan Olimpik musim panas ketiga yang dianjurkan di Asia selepas Tokyo 1964 dan Seoul 1988. Jacques Rogge, Presiden IOC telah mengiktiraf penganjuran Olimpik Beijing 2008 sebagai yang terbaik dalam sejarah penganjuran Sukan Olimpik dunia. Kenyataan ini telah memartabat dan mengiktiraf Asia sebagai penganjur terbaik sukan bertaraf dunia itu. Kejayaan yang dicapai oleh atlet-atlet China dalam Olimpik Beijing telah meletakkan kedudukan atlet Asia pada tahap membanggakan dan ini telah memperkukuhkan lagi jalinan hubungan kesukanan antara negara-negara Asia dan Eropah dengan China. Malaysia adalah antara negara yang menjalin hubungan erat dari segi latihan kesukanan dengan China. Keupayaan China melahirkan atlet-atlet sukan bertaraf dunia telah menjadikan negara tersebut antara destinasi utama latihan atlet Malaysia di luar negara. Penghantaran atlet-atlet Malaysia menjalani latihan di China, bukan sahaja bertujuan memberikan pendedahan sukan profesional kepada atlet negara, tetapi juga bagi mewujudkan jalinan hubungan antara tamadun yang boleh dipelajari antara keduadua negara, khususnya dari segi kesukanan. Jalinan kerjasama dalam bidang kesukanan dengan kedua-dua negara (Malaysia-China) amat sedikit dibincangkan, justeru artikel ini membincangkan kerjasama yang telah sedia terjalin dan yang dapat dijalinkan antara kedua-dua negara dalam bidang ini.
Keywords :
Olimpik Beijing 2008 , hubungan kesukanan , Malaysia – China
Journal title :
Malaysian Journal Of Media Studies
Journal title :
Malaysian Journal Of Media Studies