Title of article :
Perhubungan Awam dan Teknologi Baru
Author/Authors :
AHMAD, JAMILAH HJ
Abstract :
Profesional dalam bidang perhubungan awam dewasa ini berdepan dengan kemunculan saluran-saluran komunikasi baru yang mengagumkan. Alat-alat perantaraan yang berasaskan internet seperti blog, podcasts, talian video dan jaringan sosial memberi peluang kepada pengguna untuk menyuarakan pandangan. Saluran media tradisional tidak lagi menjadi saluran utama dalam penyebaran maklumat akibat pengaruh media dalam talian. Pengamal perhubungan awam perlu lebih bijak menggunakan komunikasi baru sebagai wadah menghadapi perubahan dalam penerimaan media sosial ini. Artikel ini secara terperinci membincangkan bagaimana teknologi baru dapat digunakan sebagai panduan oleh pengamal perhubungan awam untuk menjalinkan perhubungan yang positif; memberi maklum balas dan mengukur usaha yang dirancang untuk khalayak sasaran
Keywords :
perhubungan awam , teknologi baru , internet , e , mel , blog
Journal title :
Malaysian Journal Of Media Studies
Journal title :
Malaysian Journal Of Media Studies