Author/Authors :
Mahmud, Mek Wok International Islamic University Malaysia - Department of Fiqh and Usul al-Fiqh, Malaysia , Shah, Sayed Sikandar International Islamic University Malaysia - Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and human Sciences - Department of Fiqh and Usul-Fiqh, Malaysia
Abstract :
Penceraian dalam bentuk yang berbeza sebutannya sama ada dimulakan oleh si suami atau isteri seharusnya dikawal hingga ke tahap paling minima sepertimana yang dikehendaki oleh sosioagama Islam. Alasannnya kerana Nabi Muhammad S.A.W telah mengutuk sekerasnya sikap tidak bertanggungjawab ini yang dilakukan oleh kadua-dua pihak, wanita dan lelaki. Namun begitu, perkahwinan yang berakhir dengan perpisahan pada masa kini telah mencetuskan fenomena yang amat membimbangkan di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia3. Untuk memulihkan situasi ini, pembaharuan perundangan penceraian acap kali dilakukan. Bagaimanapun, untuk manjayakan pembaharuan undang-undang ini, kami berpendapat bahawa kita perlu menekankan dasar dalil-dalil SyarVah yang telah lama terbentuk dan telah dijadikan sebagai panduan bagi masyarakat umum untuk mempraktikkannya. Perkara paling penting yang perlu diambil kira ialah bagaimana dan sejauh anakah orang-orang Islam memahami aspek penceraian dan prosedurnya sepertimana telah dijelaskan oleh sebahagian besar ulama - ulama silam . Kebanyakan orang menganggap yang mereka dengan mudahnya boleh mempraktikkan penceraian walaupun ianya bertentangan dengan apa yang termaktub di dalam Qur an, kerana sebahagian daripada ulama membenarkannya. Pengetahuan/Pendekatn jahil dalam perundangan Islam sepertimana telah dijelaskan dalam buku-buku perundangan berkaitan penceraian hanyalah sebagai ikutan yang memperluaskan lagi permasalahan taqlid, dan secara seriusnya telah menghalang kejayaan pembaharuan perundangan penceraian pada masa kini. Oleh itu, melalui kertas kerja ini, kami cuba untuk membawa para pembaca kembali kepada dasar-dasar dengan objektif utamanya untuk menyedarkan mereka tentang sebahagian daripada dalil-dalil SyarVah itu adalah yang melingkari pembubaran suatu perkahwinan. Kertas kerja ini juga membincangkan secara ringkas gambaran keseluruhan tentang penceraian serta prosedurnya di samping menekankan dalil-dalil SyarVah dari kacamata dan nilain SyarVah untuk mengenal pasti pendangan SyarV yang paling konsisten dan sejajar dengannya daripada pelbagai pandangan ahli-ahli perundangan Islam