Title of article :
Tahap Penguasaan Kemahiran Proses Sains Bersepadu (Kpsb) Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 2 Di Daerah Temerloh
Author/Authors :
Tek, Ong Eng Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia , Abdul Rahim, Johairi Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
From page :
1
To page :
20
Abstract :
Artikel ini melaporkan tahap penguasaan kemahiran proses sains bersepadu (KPSB) secara keseluruhan, dan juga tahap penguasaan pada setiap satu daripada lima subkemahiran dalam KPSB, yakni mengenal pasti pembolehubah, mendefinisi secara operasi, mengenal pasti hipotesis bolehuji, menginterpretasi data dan graf, dan merekabentuk eksperimen. Tambahan pula, perbezaan dalam tahap penguasaan KPSB berdasarkan jantina dan lokasi juga dikenal pasti. Kajian ini menggunakan reka bentuk causal comparative di mana TIPS-II(M) – versi Bahasa Melayu bagi Test of Integrated Process Skills II (Burns, Okey, Wise, 1985) ditadbirkan kepada 436 pelajar Tingkatan 2 daripada dua buah sekolah bandar dan tiga buah sekolah luar bandar di Daerah Temerloh. Data yang dikutip dianalisiskan secara diskriptif dari segi peratusan skor min untuk perbandingan yang saksama dan secara inferensial dengan menggunakan ANOVA dua hala (jantina x lokasi). Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan KPSB secara keseluruhan dan juga tahap penguasaan dalam setiap subkemahiran dalam KPSB adalah di bawah aras penanda 67%. Ini menunjukkan bahawa secara amnya, pelajar Tingkatan 2 masih belum lagi mencapai suatu tahap penguasaan KPSB yang memuaskan. Dapatan ANOVA dua-hala pula menunjukkan terdapat kesan interaksi dua hala yang seiring dengan kesan utama jantina dan kesan utama lokasi. Ini menunjukkan bahawa kesan lokasi dipengaruhi oleh jantina. Dengan erti kata yang lain, walaupun terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap penguasaan KPSB di antara pelajar bandar dan luar bandar, hanya di kawasan bandar sahaja terdapatnya perbezaan signifikan dalam tahap pencapaian KPSB di antara pelajar lelaki dan perempuan.
Journal title :
Journal Of Education: Jurnal Bitara Upsi Pendidikan
Journal title :
Journal Of Education: Jurnal Bitara Upsi Pendidikan
Record number :
2694812
Link To Document :
بازگشت