Title of article :
PENGARUH LINGKUNGAN SOSIAL DAN KELUARGA MURID TAHUN 5 ORANG ASLI SEMAI TERHADAP MASALAH PEMBELAJARAN
Author/Authors :
Yusof, Hamidah Universiti Putra Malaysia, Malaysia , Yusof, Hamidah Universiti Pendidikan Sultan Idris, mALAYSIA , Ahmad, Abdul Rahman Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia , Musa, Khalip Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
From page :
1
To page :
7
Abstract :
Kajian ini bertujuan untuk mendapat pandangan murid orang Asli Semai berkaitan pengaruh lingkugan sosial dan keluarga terhadap masalah pembelajaran. Kajian ini dijalankan di tiga buah sekolah orang Asli di Perak dan Pahang yang melibatkan seramai 90 orang murid Tahun 5. Soal selidik digunakan untuk mengumpul maklumat daripada murid dan data dianalisis menggunakan min dan sisihan piawai. Hasil kajian menunjukkan masalah pembelajaran murid orang asli dipengaruhi oleh faktor jarak sekolah yang jauh dari rumah, tempat tinggal yang terpencil, tiada kemudahan jalan raya, dan tiada peralatan sekolah yang lengkap disebabkan masalah kemiskinan. Selain itu ibu bapa kurang berpendidikan dan mempunyai tanggungan yang ramai juga menjadi penyebab tidak berkemampuan membantu dalam pembelajaran. Di samping itu, sikap murid sendiri yang sangat malu dan lebih rela bekerja kerana masalah kewangan juga menjadi penyebabnya. Implikasi kajian ini mencadangkan pihak yang bertanggungjawab untuk terus membantu murid orang Asli bagi mereka terlibat dalam pendidikan arus perdana.
Keywords :
Murid Orang Asli Semai , lingkungan sosial , keluarga , masalah pembelajaran
Journal title :
Journal Of Education: Jurnal Bitara Upsi Pendidikan
Journal title :
Journal Of Education: Jurnal Bitara Upsi Pendidikan
Record number :
2694856
Link To Document :
بازگشت