Title of article :
PERSONALITI PELAJAR PROGRAM PENDIDIKAN
Author/Authors :
Mustafa, Muhammad Bazlan Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia , Jusoh, Ahmad Jazimin Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia , Salim, Syed Sofian Syed Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia , Bistaman, Mohammad Nasir Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia , Arip, Mohammad Aziz Shah Mohamed Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
From page :
1
To page :
9
Abstract :
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap dan perbezaan personaliti pelajar yang mengikuti program pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Maklumat diperoleh melalui soal selidik melibatkan 607 orang pelajar yang sedang menuntut di Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia. Satu set soal selidik telah digunakan untuk mengenal pasti maklumat diri dan faktor pendorong pelajar mengikuti kursus pendidikan. Personaliti pelajar diukur dengan menggunakan NEO Personality Inventory-Revised (NEO-PI-R). Analisis statistik deskriptif personaliti menunjukkan majoriti pelajar pendidikan mendapat skor Neurotisisme, Ekstraversi, Keterbukaan, Agreeableness dan Conscientiousness di tahap sederhana. Analisis stastistik inferensi personaliti menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan Neurotisisme, Keterbukaan, Agreeableness dan Conscientiousness berdasarkan jantina. Keputusan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan Ekstraversi berdasarkan jantina.
Keywords :
Tahap personaliti , perbezaan personaliti , kerjaya
Journal title :
Journal Of Education: Jurnal Bitara Upsi Pendidikan
Journal title :
Journal Of Education: Jurnal Bitara Upsi Pendidikan
Record number :
2694870
Link To Document :
بازگشت