Title of article :
TAHAP DAYA TINDAK DALAM KALANGAN MURID PINTAR CERDAS
Author/Authors :
Wahab, Ramadhawati Universiti Putra Malaysia, Malaysia , Ismail, Habsah Universiti Putra Malaysia, Malaysia , Roslan, Samsilah Universiti Putra Malaysia, Malaysia
Abstract :
Penumpuan kerajaan Malaysia sejak kebelakangan ini kepada pendidikan pintar cerdas menzahirkan keseriusan untuk meneroka satu cabang dalam bidang pendidikan yang bakal mencorakkan kualiti modal insan.Daya tindak merujuk kepada usaha kognitif dan perlakuan untuk menguruskan tekanan psikologi yang dihadapi. Pemahaman yang rinci terhadap pola daya tindak murid pintar cerdas berdasarkan demografi amat penting dalam merangka pelan tindakan bersesuaian. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti jika terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap daya tindak dalam kalangan murid pintar cerdas mengikut jantina. Kajian ini melibatkan 112 murid pintar cerdas yang lulus Ujian Saringan PERMATApintar UKM 1 dan UKM 2 2010 di sekolah rendah dan menengah kerajaan di Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Instrumen yang digunakan untuk mengukur tahap daya tindak murid adalah Soal Selidik Cara Daya Tindak yang diubahsuai daripada instrumen Lazarus dan Folkman (1988). Data dianalisis dengan mengguna statistik deskriptif yang melibatkan frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai serta analisis inferensi yang melibatkan ujian-t. Dapatan kajian deskriptif menunjukkan majoriti murid pintar cerdas mempunyai tahap daya tindak yang sederhana. Kajian inferensi menggunakan ujian-t menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara tahap daya tindak murid pintar cerdas lelaki dan perempuan. Ini bermakna intervensi yang bersesuaian perlu dirangka untuk mempertingkatkan daya tindak murid pintar cerdas tanpa mengira jantina.
Keywords :
Murid pintar cerdas , tahap daya tindak
Journal title :
Journal Of Education: Jurnal Bitara Upsi Pendidikan
Journal title :
Journal Of Education: Jurnal Bitara Upsi Pendidikan