Title of article :
Kaedah Penulisan Rasm Othmani dan Keistimewaannya
Author/Authors :
Anuar Mobamad, Kbairul Kolej Universiti Islam Malaysia. - Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Malaysia. , Mobd Zarif, Muhammad Mustaqim Kolej Universiti Islam Malaysia. - Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Malaysia.
Abstract :
Kertas kerja yang dikemukakan ini adalah berkaitan kaedah penulisan al-Quran dengan Rasm Utbmaniy. Ia bertujuan memberi pendedahan bahawa penulisan Rasm, Utbmaniy adalah alternatif pilihan yang tidak ada tolok bandingnya. Walaupun satu ketika dulu Rasm Utbmaniy tidak mendapat tempat dalam masyarakat, namun beberapa tahun kebelakangan ini anak-anak dididik membaca al-Quran dengan menggunakan mushaf yang ditulis dengan Rasm Utbmanry dan mereka mampu membaca dengan baik dan tepat. Rasm Uthmaniy mempunyai beberapa kaedah dan usul dan penulisannya mampu merangkumi _kebanyakan qirat mutawatirah. Dengan itu, kertas kerja ini akan membincangkan kaedah periulisan Rasm Uthmanry dan mengambil kira juga Dabt al-Quran. Dab! al-Quran adalah ilmu yang membincangkan tentang baris, titik dan tanda-tanda dalam alQuran. Proses pembentukan ilmu ini amatlah panjang. Di akhir penulisan, penulis berharap setiap kaedah yang dihuraikan akan menambahkan pengetahuan pembaca. Ia juga akan menolong dalam mengetahui selok-belok bacaan al-Quran dan memahami penulisannya. Gabungan an tara ilmu Rasm dan ilmu Dab! akan membuahkan satu ilmu lain iaitu ilmu Tajwid. Ilmu Tajwid akan difahami secara tidak langsung bilamana seseorang memahami kedua-dua ilmu tersebut iaitu Rasm dan Dabt secara keseluruhan
Journal title :
Ulum Islamiyyah Journal
Journal title :
Ulum Islamiyyah Journal