Title of article :
PENGALAMAN KERJAYA SEBAGAI JURURAWAT LELAKI
Author/Authors :
mustapa, khuzaimah universiti malaysia terengganu - pusat pengajian pembangunan sosial dan ekonomi, Malaysia , abdullah, siti salina
Abstract :
Kerjaya sebagai jururawat kebiasaannya dimonopoli oleh golongan wanita. Walau bagaimanapun, kini wujud penglibatan golongan lelaki dalam kerjaya sebagai jururawat dan statistik jururawat lelaki di Malaysia menunjukkan peningkatan. Meskipun kewujudan peningkatan jururawat lelaki di Malaysia namun mereka masih dikategorikan sebagai pekerja minoriti. Sebagai golongan minoriti dalam kerjaya ini, jururawat lelaki dijangka mempunyai pengalaman silang budaya dalam meneruskan kerjaya berkenaan. Justeru itu, kajian kualitatif ini bertujuan untuk meneroka pengalaman tujuh jururawat lelaki yang bertugas di hospital dan klinik kesihatan kerajaan di Negeri Terengganu. Kutipan data kajian ini melibatkan temu bual semi struktur. Dapatan kajian dianalisis menggunakan perisian NVivo 8. Dapatan menunjukkan terdapat dua tema utama yang diperolehi iaitu penerimaan dan sokongan. Tema penerimaan dibahagikan kepada penerimaan masyarakat, rakan sekerja dan diri manakala tema sokongan dikategorikan kepada sokongan keluarga dan rakan. Dapatan kajian diharap dapat memberikan maklumat dalam memahami pengalaman lelaki yang bekerja dalam bidang kejururawatan yang merupakan kerjaya minoriti bagi gender mereka.
Keywords :
Kerjaya , Jururawat Lelaki , Pengalaman Jururawat
Journal title :
Journal Of Business and Social Development
Journal title :
Journal Of Business and Social Development