Title of article
PENCARIAN MAKLUMAT PENDERMAAN ORGAN DAN TISU DALAM PENGIKRAR PENDERMA ORGAN: SATU TINJAUAN AWAL
Author/Authors
Ahmad، Normawati نويسنده Universiti Kebangsaan Malaysia , , Ibrahim، Faridah نويسنده Universiti Kebangsaan Malaysia , , Mustaffa، Normah نويسنده Universiti Kebangsaan Malaysia , , Kee، Chang Peng نويسنده Universiti Kebangsaan Malaysia ,
Issue Information
روزنامه با شماره پیاپی - سال 2011
Pages
16
From page
102
To page
117
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pencarian maklumat pendermaan organ dan tisu dalam kalangan pengikrar penderma organ. Pengumpulan data dibuat dengan menggunakan borang soal selidik yang diisi sendiri oleh responden. Kajian ini telah melibatkan seramai 245 orang responden yang terdiri daripada mereka yang telah mendaftar sebagai pengikrar penderma organ. Responden dipilih berdasarkan kaedah persampelan bertujuan di empat buah pusat sumber transplan. Pencarian maklumat diukur melalui sumber media yang digunakan (media massa dan interpersonal), tumpuan maklumat, kecukupan maklumat, kepercayaan maklumat, usaha mencari maklumat, punca mencari maklumat dan mencari maklumat lanjut. Data yang dibincangkan ini adalah sebahagian dari hasil kajian yang dijalankan. Hasil kajian mendapati, surat khabar, televisyen, poster dan risalah menjadi sumber maklumat utama media massa sementara anggota kesihatan dan doktor menjadi pilihan untuk saluran interpersonal. Manakala poster telah diberi tumpuan dengan begitu kerap berbanding dengan media lain. Bagi kepercayaan maklumat, doktor dan anggota kesihatan telah diberi kepercayaan oleh responden bagi mendapatkan maklumat. Walaupun usaha mencari maklumat di kalangan responden adalah tinggi, namun dari segi kecukupan maklumat, majoriti responden menganggap maklumat masih lagi sederhana mencukupi. Manakala punca responden mencari maklumat adalah untuk menambahkan pengetahuan. Kajian menunjukkan kempen kesedaran pendermaan organ adalah penting.
Journal title
Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication
Serial Year
2011
Journal title
Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication
Record number
709786
Link To Document