Title of article :
TRANSFORMASI PENYIARAN TELEVISYEN MELALUI INTERNET: KAJIAN PERHUBUNGAN KEPUASAN TERHADAP PENGGUNA REMAJA
Author/Authors :
Hashim، Hasrul نويسنده Universiti Kebangsaan Malaysia , , Omar، Bahiyah نويسنده Universiti Kebangsaan Malaysia ,
Issue Information :
روزنامه با شماره پیاپی - سال 2011
Pages :
24
From page :
146
To page :
169
Abstract :
Kemunculan internet membawa banyak perubahan dalam landskap media massa. Media konvensional telah beralih kepada format digital dan membentuk satu penggabungan media yang mampu menarik minat khalayak terutama golongan remaja. Kajian ini memilih satu medium baru hasil dari gabungan internet dan televisyen iaitu portal stesen televisyen untuk menilai tahap kepuasan penggunaan medium tersebut dalam kalangan pengguna remaja. Penilaian dibuat dengan meneroka hubungan antara kepuasan yang dicari (GS) dengan kepuasan yang diperoleh (GO) bagi empat ukuran kepuasan iaitu keperluan mendapatkan maklumat, hiburan, utiliti interpersonal dan juga interaktiviti. Kajian eksperimen ini juga menilai kepuasan yang diperoleh daripada penggunaan terhadap dua portal televisyen; RTM sebagai stesen penyiaran awam dan TV3 sebagai stesen penyiaran swasta. Hasil dapatan kajian menunjukkan wujud perhubungan yang signifikan di antara kepuasan yang dicari dengan kepuasan yang diperoleh bagi keempat-empat ukuran kepuasan yang dikaji dalam kajian ini.
Journal title :
Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication
Serial Year :
2011
Journal title :
Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication
Record number :
709789
Link To Document :
بازگشت